Kerana kasih, kerana sayang

Hampir seminggu berehat di rumah dek kerana operation tonsilaktomi dan sinus......bila dikenang kenang semula keadaan selepas operation sedih rasanya......kenapa?right after operation,aku rasa sangat teruk....rasa menyesal pon ada setuju nk buat operation dlm bulan puasa....tentunya menyusahkan mak abah dan adk2 yg akan jaga aku....maklum lah,aku ni kepala angin...jarang2 aku layan mesra keluarga sendiri berbanding org luar...bukan tak sayang,tapi entah.....suka marah2 suka angin2.....maafkan diri ini wahai keluargaku....selepas operation selesai,seperti dijangka malam baru aku selesai...tekak amat sakit,kehausan,kekeringan.....nak nangis je rasanya....abah penuh kasih membelai rambutku membasahkan tuala dan diletakkan ke leherku utk tujuan penyejukkan,selang 15 minit dia basahkan lagi tuala supaya aku sentiasa rasa sejuk di tekak....pedih tak terkata....aku tak dibenarkan minum selama 6 jam,telan air liur pun sakit!!! Hanya tuhan tahu ape rasanya....mak sentiasa menggenggam tanganku mententeramkan aku......kesian mak abah malam puasa la kena berjaga teman aku....jam 11.30malam aku dibenarkan minum....lega sangat lega......terasa jauh kesakitan bila air lalu ditekak.....abahku siap belikan aiskrim standby dah tahu aku x boleh telan makanan sgt,lega rasa dpt makan aiskrim...minum air sejuk bergelas2....memang tak puasa berhari2 aku di hospital....hidung sentiasa berdarah,abah lah yg rajin cucikan darah di hidungku....tanpa rasa jijik atau geli melayan seorang anak yg besar bagai budak kecik!!! Mak menemani ke tandas kencing, mandi maklumlah tangan ber'drip'....siapa yg sanggup jaga aku?hanya mak dan abah,malah adk aku yun,berkorban menjaga 3 lagi adik di rumah tanpa mak dan abah selama 3-4 hari.....kesian dan risau,tp nak buat mcm mana kan....aku sgt2 berterima kasih pada mereka yg berkorban masa dan tenaga kerana aku....siapa lagi yg akan kasihkan kita kalau bukan mak abah dan adk beradik kita...aku juga hargai kata2 semangat dari rakan2 yg tak henti mesej.....terima kasih dan aku syg kalian.....

Sekian,

Nukilan bosan seorang dd....

0 says: