kisah yang aku nk cerita ni cerita benar berlaku.cuma sekadar berkongsi, mungkin korang ada pendapat korang kan?
macam ni ceritanya.ada dua sahabat baik si A dan si B.hubungan persahabatan mereka dah menjangkau lebih kurang 3-4 tahun sejak belajar bersama.mereka tersangatlah rapat berkongsi apa saja, berjumpa selalu dan saling meluah perasaan.
tapi....si A sering kali berubah sikap setiap kali si B bercerita tentang lelaki-lelaki yang caring tentang dia.setiap kali cerita tu keluar setiap kali tu jugaklah si A akan merajuk dan makan hati.atas alasan si B hanya kawan dia seorang dan takda siapa boleh 'ambil' si B.sedangkan si B seorang perempuan, dan memang fitrah manusia berpasang pasangan.si A tak mampu untuk berfungsi sebagai kawan yang diharapkan oleh si B.
dalam masa yang sama si A seorang yang 'kureng' pada lelaki, tetapi bukanlah bermakna dia 'lesbian'.dia cuma terlalu sayangkan si B sebagai kawan paling rapat.tetapi perasaan sayang si A tu sentiasa membuatkan si B rimas dan bosan.patot kah kawan baik, perempuan sesama perempuan bergaduh sebab cemburu?tak rasional kan?tapi si A masih tak bole ubah mind set beliau untuk menerima baik hubungan si B dengan mana-mana lelaki.
si A tidaklah meminta untuk diwujudkan perasaan sebegitu dan tiada niat walau sekalu pon terlintas untuk menyakiti hati si B, malah bersedia untuk terima sesiapa pon yang boleh buat si B gembira.tetapi atas halangan sikap cemburu, si A tak pernah berjaya untuk menerima sesiapa untuk si B.andai ditakdirkan satu hari nanti si A excident teruk hingga hilang ingatan mungkin si B boleh set kan mind si A semula.
si A buntu untuk membaiki kelemahan dirinya itu, dia mencuba tapi tak mampu.mungkin kerana si A terlalu sayangkan si B.walaupun dia sedar si B semakin rimas/lemas dan bosan.tak mustahil si B akan tinggalkan si A satu hari nanti kan?
korang rasa apa patot si A tu buat untu reset mind dia menerima secara terbuka hubungan si B dengan mana-mana lelaki.si A perlu berubah untuk menjadi seorang kawan baik yang terbaik yang memang diperlukan oleh si B.bukan seorang kawan yang menyusahkan hidup.
kalau korang ada idea best, emailkan kat aku ok?
farahdna_89@hotmail.com
terima kasih banyak, semoga kita terus berjaya menjadi insan yang lebih cemerlang di dunia dan akhirat!
0 says:
Post a Comment