2011 review

kenapa aku nak review 2011?sebab saja nak share dengan korang je.
2011 aku berjaya melunaskan misi dan visi aku yang memang dirancang baik sejak habis diploma pada hujung 2010.


pertamanya disember 2010 nak masuk 2011, aku telah berjaya memiliki kuda-kuda sendiri,walaupun ia kecil tapi fleksibel.fleksibel bermakna senang untuk kemana-mana, ringan, laju dan senang nk mencelah bila memotong.walaupun cuma 1.o je, tapi jangan pandang dia sebelah mata pasal aku pernah speed bagai nak terbang sampai 160-180 km/j.tulah bagai nak haus tayar tu, insyaallah ada rezeki lebih, nak make up skit bagi tayar besor, baru sedap nak motong BMW (berangan jek).

keduanya, aku berjaya mendapatkan pekerjaan tetap, walaupun bukan pekerjaan idaman.tapi ok lah, dari aku menganggur lama kan?disember 2010-may 2011, aku kerja sana sini, test itu ini, interview bagai-bagai akhirnya aku dapat kerja UIAM.post spm je, tapi xpe, mula dari bawah kn?sekarang diam tak diam may ni aku bakal-bakal diconfirmkan insyaallah.cukuplah setahun kn.

ketiganya, dalam lepas-lepas raya itu hari, bulan 9 aku mendapat tawaran sambung belajar di UITM.walaupun bukan full time seperti yang diharapkan, tak mengapa.aku masih berpeluang untuk belajar, mak aku boleh, takkan aku tak boleh kn?mak sumber inspirasi aku, terima kasih mak!aku dapat sambung Bach. of Accountancy (Hons.) , ok kan menyambung balik course yang aku sebenarnya tak suka.tapi sekarang aku kene suka.hihihi.kerja pon bahagian kewangan maka aku akan tersuka jugak sampai kesudah.sekarang pon aku tgh berfinal ni, dok sempat update blog lagi tuh.haha.


alhamdullillah seperti yang dirancang, semuanya berjalan lancar.dan insyaallah tahun ni azam yang tersangkut di tahun lepas akan carry foward.hehehe.

bulan januari memulakan penabungan!
:)


0 says: