SELAMAT ULANG TAHUN SAYANG

SELAMAT ULANGTAHUN SAYANG...

yang tulus ikhlas,
ingin sekali sekala dirinya dibalas,
walau dengan hanya dakapan angin lalu.

yang selalu memberi,
ingin sekali sekala menerima,
cukup dengan salam dan manis doa.

aku ingin kau merasakan hebatnya cinta,
dan leburkan saja serpihan calar derita.

selamat ulangtahun sayang,
kini kau bersayap pergilah terbang,
rentaslah langit cita-citamu,
harap nanti kita kan bertemu.

selamat ulangtahun sayang,
janganlah kau terbang tak pulang,
kunanti penuh kerinduan,
selamat tinggal, selamat jalan.

aku hanya ingin kau setia,
kerana setia mencipta bahagiamu.

selamat ulangtahun Dianasasmita Bakhtiar <3<3<3


0 says: