lama tak update part one.

fuhhh fuhhh, terbanglah wahai habuk habuk!shuhhh shuhhh pergi kau!aku dah kembali!yeeeaaayyy!

assalamualaikum....! (gaya gaya professor izi haji ali) , apa kabar semua?huhu.sihat kah anda dibulan mulia ini?ok cukup intro untuk kali ini.mari kita masuk ke isi pula.huhu.

sorry lah kawan-kawan kerana lama tidak mengupdate berita.aku agak sibuk dan kurang masa melayan blog sejak sejak akhir akhir ini.maklumlah,aku kan "macai" jeeee -_-

cerita pasal macai ni,meh meh meh aku nk cerita sikit pasal perasaan aku yang terasa hina,rendah diri dan kadang-kadang rasa seperti hamba manusia je.kita ni sesama hamba Allah, tapi KAU buat aku macam hamba KAU!ibarat petik jari aku datang pada KAU, ibarat kereta auto seperti robot aku bergerak ke arah KAU,ibarat mesin yang menerima arahan dari KAU!siapa KAU yang aku maksudkan?sorry lah cukup sekadar keluarga dan keqna je tahu siapa KAU yang aku maksudkan.sedikit pesanan untuk anda anda yang terasa diri terlalu tinggi kononya,ingatlah kita asal dari bawah dan kita ni sesama islam, tak perlulah nak terasa tinggi sangat.bersyukurlah dengan apa KAU ada,tak selalu KAU di atas.sekian cerita KAU yang buat aku macam hamba/macai.terima kasih!barulah banyak sikit pengalaman kannnnn.senyum sikit :)

kisah menarik di sebalik ramadhan kali ini pula aku nk share ler serba sedikit.tahun ni kami sekeluarga semua ada di rumah.dengan kata lain tiada yang berpuasa di perantauan seperti tahun tahun sudah.maklumlah dah abes belajar lah katakan.seronok melihat semua di rumah, berbuka dan bersahur air tangan mak aku sepenuhnya.tak perlulah nk ke bazar kalau boleh dielakkan.makanan ibu lebih baik kn.tapi dalam pada tu sempat juga aku berbuka bersama sahabat sahabat sejahat aku di poli dulu,seperti biasa gathering every month lah kn.berbuka di DOMINO's PIZZA!yeaayyy!melepaskan hajat keqna rock kempunan sesambil itu rayapan di jalan TAR.masyaallah penat laaa beta nk jalan di situ lagi,tak sanggup!penat!

selain buka dengan mereka sempat juga aku buka dengan rerakan opis engineering.1st time join depa buka!best,happening,puas hati,kenyang dan gembira :) buffet murah RM15, bedal sebedal-bedalnya, bak kata orang mentekedarahhhh!ayam,ikan,sotong,ketam,sayur,kentang,semua aku makan selazat dan sekhusyuknya!ditambah pula secret indulgence :)) nyum nyum!

ok lah cukup sampai tu jek.
ada cite menarik yang aku nak kongsi ni,nantikan part two!


p/s:SELAMAT HARI RAYA & SELAMAT HARI MERDEKA!

0 says: