harimau malaya


hai semua, entry kali ni memang khas aku update untuk share pendapat aku pasal bola sepak malaysia kita hari ni :))

pasukan kita dikala ni sedang meningkat naik prestasi mereka.bertambah-tambah meningkat dengan gaya permainan, corak secara taktikal sudah nampak bahawa pasukan kita bakal-bakal masuk ke satu fasa baru dalam sukan bola sepak.

dan tak mustahil untuk pasukan yg dahulunya lemah boleh menjengah ke piala dunia satu hari nanti kn?tengok jelah liga tempatan pon tak kurang baik mutu permainannya.baik yang junior mahupun senior semuanya menunjukkan skil yg sgt baik pada setiap permainan.

sekarang ni pon rakyat malaysia sendiri makin sayangkan pasukan negeri masing-masing.sekaligus pasukan negara semakin disanjung.semua ni menjadi faktor kemenangan harimau malaya baru-baru ni.dan rasanya FAM tak perlulah kot nak benarkan kembali pembelian pemain import.sekadar nak mencacatkan semangat dan prestasi yg tengah meningkat je.nanti pemain pemain kita kembali direndah-rendahkan macam dulu-dulu la.

bukan senang nak naik dan menarik kembali minat segenap lapisan penyokong kat malaysia ni.lebih baik dikekalkan macam ni, so bakat tempatan lebih mendapat pendedahan :))

apa-apa pon tahniah la kepada pasukan harimau malaya kita yang berjaya pertahankan emas walau keadaab kritikal di bung karno tempoh hari.pemain kita makin matang, corak permainan makin mantap,serangan makin padu, penyokong makin teruja !

keep up good job HARIMAU!!! auummm!


p/s:tahniah pada rajagobal && ong kim swea.andalah peningkat mutu bola sepak tanah air :)

0 says: