oppssss,
kepada pembaca yang single jangan ler terasa dengan statement tuh ok,
aku cuma ingin berkongsi pendapat dan sedikit pengalaman aku sendiri,
dimana aku adalah seorang perempuan yang single dan bahagia dgn kehidupan single!
anda yang single bagaimana?
macam aku nih single,adakah aku cerewet atau tak laku atau takda ciri-ciri wanita idaman?aihhh.lantaklah,malas aku nk pikir,yang pasti setiap orang ada jodoh memasing kn?heeee.setiap kali mengenal lelaki aku hanya ada 2 syarat yang rasanya tidak terlalu berat kot....
1.no touching-touching,you touch i slapppp!
2.tunaikan kewajipan seorang muslim.(aku tahu aku tak perfect bab agama,tp aku mencuba untuk menyempurnakan apa yang patot sebelum jadi bini orang.lalalala.)
yang lain2 tuh aku tolak tepi,pasal kita sebagai manusia tdk perfect kn?jadi terima saja kelemahan dan ketidaksempurnaan bakal pasangan kita.tp mungkinkah dek kerana syarat tuh,aku sukar mendapat teman?aishhh,xpelah,aku rela single dari merana kot.sampai masanya aku akan kawen jugak.insyaallah! :)
mungkin sesetengah anda berasa umur seperti 18 ke atas tu umur wajib berteman istimewa kn?pada aku tak semestinya wajib.sebab kadang-kadang menjadi single lebih cool dari couple.kenapa aku cakap macam tu?haaaa,mari aku nak share skit.
pertama sekali,single itu menjadikan diri kita lebih rasa bebas dan chill untuk buat apa saja tanpa halangan kecuali mungkin halangan dari parents lahhh.tp rasanya kita akan lebih selesa untuk kemana saje,buat apa saja,beli apa saja,makan apa saja dan pa-apa sajaaaa....kan?lagipun kadang-kadang bila dah couple ni sesetengahnya mengongkongggg mcm kingkong!huuuh!maaflah kepada yang terasa,tiada niat menyinggung atau mengata.sekadar pendapat aku jer kn.
keduanya,aku rasa aku punyai lebih banyak masa untuk keluarga dan kawan-kawan aku.sekarang aku sendiri cukup bz.kalau couple camane plak kn?hahaha.kadang-kadang bercouple ni 'memaksa' kita untuk keluar selalu dengan pasangan kita tu,dan menyebabkan masa kte untuk keluarga dan kwn2 terbatas.tak best lah mcm tu kn.yelah,kalau hilang pasangan tu lantak pi lah kan,tp kalau hilang keluarga dan kawan?apa rasanya?haaaaa,lagipun pasangan kita tu tak semuanya pasti jadi laki kita kelak kn?
ketiganya,aku rasa duit lebih jimat kot.kenapa jimat?sebabnya,tak payah ler nak keluar duit tiap kali dating.dating mesti nak makan mcd lah,kfc lah,ke ape2 restoran lahhh kn.kalau xkeluar dating makan ler apa yang ada kat rumah kn,mak masaklah katakan :) hahaha.tapi kalau sesekali keluar dgn kawan2 rapat berbelanja tak igt dunia takda halll lah kn.lebih berbaloi duit habis begitu kn?yerr tak... :)
keempatnya,aku rasa lagi jauh la dari maksiat kan.bukan ape,bila dah berdua ni ada lah orang ketiganya kan?berpegangan tangan sudahlah harim,lain-lain cmne pulak kn?
kesimpulannya,tak semestinya single itu boring,kita sendiri boleh warnakan kehidupan single kita agar lebih bermakna.jika sampai serunya nnt,kawen jer,settle kn?bercinta lepas kawen,lebih sweet..!tapi pada yang sedang bercouple,aku mendoakan yang terbaik buat kalian,semoga dijauhkan dari segala hasutan syaitan dan berkekalan ke jinjang pelamin hendak-NYA...ameeennn.....!
p/s:jika ada yang terasa maaf naaaa,aku cuma meluahkan pendapat saja.tiada kaitan dengan sesiapa.chill!
1 says:
Saya Single!
Dengan Bangga nya!:)
setuju dengan apa y dikatakan..
Yeah
Post a Comment