SELAMAT HARI IBU.


hari ibu adalah hari yang sangat bermakna buat semua wanita,
terutama sekali wanita yang sudahpun bergelar ibu,
tiada apa yang diharapakan oleh seorang ibu,
melainkan kejayaan anak-anaknya dalam hidup masing-masing,
dan berjaya dalam pelajaran dan kerjaya,
begitu juga mak saya.


mak saya PUAN ROXANA HJ ABD AZIZ,
berkhidmat sebagai pembantu tadbir di IIUM,
berumur empat puluh tiga okeyy,
yang dulunya pernah lalui zaman susah,
tiada berkereta mahupun bermotor untuk pergi tempat kerja,
berjauhan dengan abah saya,
abah di selayang mak di cawangan melaka,
jauhhh kannn,
tapi kerja itu demi rezeki untuk menyara hidup anak-anaknya,
*ni masa zaman mak saya kerja di BNM.

akhirnya saya dilahirkan pada tahun 1989,
diikuti adik adik saya pd tahun 1992,1995,1997 dan 2000.

kini kami berlima beradik,
diterajui tiga puteri raja dan dua putera raja,
sedang menuntut ilmu dengan jayanya hasil rezeki dan titik peluh kedua ibubapa kami,
ibunyaaa di IIUM dan abahnya di MPA.

yang sulungnya berjaya ada diploma akaun,
yang keduanya sedang dlm proses ke medic,
yang ketiga hingga kelima masih bersekolah,
dan membesar penuh kasih sayanggg,
cukup makan minum,
setiap pagi mak lah yang masak lauk tengahari,
buat kami sekeluarga berselera bawak bekal ke tenpat kerja mahupun ke sekolah.

mak saya juga seorang penuntut degree in finance UITM,
beliau telah berjaya mendapat diploma di kala saya juga sedang berdiploma,
bagai satu motivasi dan semangat bila mak saya sendiri sama-sama belajar untuk final,
berkongsi pendapat tentang akaun dan financial.

sesunggunnyaaa saya berbangga punyai seorang ibu bernama ROXANA,
yang tak pernah jemu mendidik kami anak-anaknya,
terima kasihhh makkk!
sayang makkk selalu!
selamat berjaya mak untuk degree dan moga sambung ke master dan phd :)

ini doodles rekaan saya untuk mak saya,
mungkin tak cantik,
tapi mak saya memang cantik orangnyaaaa ^^



specially dedicated for you mak,








5 says:

adib syazwan said...

hari ni hari ibu ek???

FARADYNA ISKANDAR said...

tak pasti bpe hb.
ada kata 8hb,tah.
tak kesahlah,janji nk jugak wat ucapan :D

aizamia3 said...

10hb. hari ibu.. ;)
tapi bagi aku.. tiap-tiap hari adalah hari ibu..

FARADYNA ISKANDAR said...

yeahhh thanx for the info ;)
heeee,yeh betul3,setiap hari adalah hari ibu!

Sidratul Muntaha said...

the other side of raya dyna..
huhuh..
word to pounder:
no matter clueless we are in life,we always refer back to 'mom'!
huhuhuh