menemaniku kemana-mana,
kini kau tiada lagi,
membawaku kemana-mana,
kini kau tiada lagi,
menghiburkan hatiku setiap hari,
kini kau tiada lagi,
menjadi tempat kucurahkan air dan sabun bila cuti,
kini kau telah pergi,
bersama tuan barumu,
bukan lagi kami,
tetapi dia.
kini kau JKR 6468 telah menjadi hak milik orang lain,
terpaksa kurelakan walau ku tak ingin.
kenangan bersamamu,
suah payah,
tidak ku lupa,
setelah 4 tahun bersama terpaksa jua kulepaskan,
demi kebaikan bersama.
selamat tinggal KURA-KURA HIJAU aka SAVVY......
0 says:
Post a Comment